Faktor-Faktor Masalah Membaca
Terdapat dua faktor utama mengapa terjadinya masalah membaca Dua faktor tersebut ialah:
1. Faktor Fizikal
Kecacatan fizikal yang teruk amat mempengaruhi berlakunya masalah ini. Antara kecacatan fizikal tersebut termasuklah:
Penglihatan - Pada peringkat kanak-kanak mereka menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika hal ini tidak dapat dilakukan mereka akan mengalami kesukaran untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendeekod.
- Juling: menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Kesannya imej bagi suatu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
- Rabun jauh: tidak dapat melihat bagi jarak yang jauh.
- Rabun dekat: (myopia) tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
- Astigmatism: penglihatan yang kabur akibat dari kurang fokus cahaya pada salah satu/kedua-dua hujung retina.
- Amblyopiks: satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
Persepsi penglihatan
Antara simptomnya:
- Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, misalnya muzik menjadi muski.
- Huruf/perkataan menjadi terbalik- contoh b-d, bas-das
- Jika jenis percetakan / saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar
- Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata
Pendengaran (Auditori)
Menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Terdapat dalam 2 kategori iaitu:
- Kerencatan sementara- boleh dirawat dengan menggunakan rawatan doktor perubatan biasa seperti pembersihan tulang biasa/ antibiotik
- Kerencatan kekal- perlu rawatan pakar sama ada rawatan jangka panjang/ pembedahan
Pertuturan
- Punca masalah pertuturan –kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu,pertuturan spastik.
- Masalah emosi,kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak/ sebahagian otak.
- Namun, tidak semua masalah ini boleh menyebabkan masalah membaca.
2. Faktor Neurologikal
-Neurologi: kajian yang berkait rapat dengan sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat ganglia dan bahagian organ reseptor. Sebahagian dari sistem neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca.
Kerosakan Otak
- Punca: kecederaan ,penyakit / kesan bahan toksik yang mencemar otak/ bahagian otak.
- Boleh terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder).
- Menyebabkan lesion / perubahan yang luar biasa terhadap bentuk .
- Lazimnya, pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC)
Neurologi Tidak Berfungsi
- Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya/bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan.
- Buta perkataan bagi orang dewasa-diakibatkan oleh serangan jantung.
- Hyperlexia- seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal.
Faktor Keturunan
- Kembar seiras dan kembar seibu menunjukkan pencapaian yang berbeza.
- Perbezaannya kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam Lpencapaian berbanding kembar seibu.
- Latar belakang keluarga yang tahu membaca/ tidak.
- Pengaruh persekitaran-galakan membaca
Faktor Emosi
- Kegagalan dalam membaca akan mengganggu emosi pelajar.
- Wujud rasa rendah diri,terasing,tidak bermotivasi,kecewa, malas,gagal dan sebagainya.
- Gangguan emosi-kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar & kes perpecahan keluarga
Faktor sosioekonomi
- Status Sosioekonomi (SES) sebagai pemboleh ubah terhadap pencapaian pelajar.
- Murid-murid SES rendah-lazimnya mempunyai pencapaian rendah.
- Murid-murid SES tinggi-lazimnya mempunyai pencapaian tinggi.





0 comments:
Post a Comment