Membaca ialah satu proses pembentukan dan pemberian makna melalui interaksi pembaca dengan bahan bacaannya. Proses membaca ini sangat berkait rapat dengan proses penglihatan. Simbol, lambang atau tulisan-tulisan yang dilihat pada satu permukaan akan ditukarkan menjadi persembahan minda yang bermakna. Mata dalam proses membaca akan berfungsi untuk melihat simbol, lambang atau pun tulisan. Ketika membaca, mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis. Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca. Bahan bertulis yang dilihat itu akan ditukar menjadi isyarat dan isyarat seterusnya ditukar menjadi maklumat. Maklumat itu akan dihantar ke otak untuk proses pembentukan makna ataupun kefahaman.
![]() |
| Belajar Membaca |
Antara langkah untuk belajar membaca adalah seperti berikut:
- mengenal pasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan.
- mengenal pasti bentuk ortografik.
- memperoleh maksud perkataan berdasarkan pemikiran pembaca
Seterusnya, terdapat strategi dalam belajar membaca iaitu:
- membaca haruslah mempunyai motivasi dan tujuan.
- bijak mencari bahan bacaan yang mudah difahami
- membuat semakan ringkas secara menyeluruh bahan yang dibaca
Hal ini bertujuan untuk memastikan bahan bacaan tersebut akan menjawab persoalan dalam pemikiran. Dalam belajar membaca, guru perlu menyokong murid di belakang dengan memberikan panduan mengenai cara untuk memahami sesuatu frasa atau perkataan dengan mengaitkan frasa atau perkataan tersebut dengan maksud keseluruhan petikan. Guru juga boleh menambah kefahaman muridnya dengan menggunakan gambar rajah bagi memperlihat maksud secara bersepadu.
Selain itu guru boleh memberikan sokongan pemahaman dengan memberikan pelajarnya peluang untuk melawat kembali pemahaman yang mereka ragukan. Setelah mempunyai kemahiran yang kukuh untuk memahami, barulah pelajar tersebut dilepaskan untuk memahami bahan bacaannya sendiri tanpa sokongan guru. Antaranya dengan menentukan bahan yang bersesuaian, panjang pendek, kedalaman kandungan bahan yang dikemukakan kepada pelajar dan penggunaan bahasa dalam petikan. Guru juga boleh mengadakan sesi persidangan membaca bagi pelajar yang memerlukan sokongan yang lebih kerap. Dalam sesi ini, guru perlu banyak menjalankan teknik permodelan, iaitu guru membaca dan diikuti oleh pelajar yang lemah tersebut dalam satu tempoh yang singkat tetapi kerap. Guru juga boleh melaksanakan teknik memecahkan ayat yang panjang kepada ayat yang lebih pendek supaya lebih mudah difahami bagi kelas atau kumpulan yang bermasalah memahami petikan yang sukar.
Seorang pembaca yang aktif akan menggunakan pelbagai strategi untuk memudahkan pemahamannya. Ketika membaca, mereka akan menguji pemahaman dengan menyimpan rekod terhadap isi penting bahan bacaan. Mereka juga akan menggabungkan antara maklumat baru dan lama dengan membuat hubungan, taakulan, mencipta pembayangan atau menokok tambah apa yang diperkatakan oleh penulis. Kemudiannya mereka akan mengawal pemahaman dengan menggunakan sistem petanda bagi memahami perkataan yang tidak difahami dengan menentukan maklumat yang penting dalam petikan.
Seorang pembaca yang baik juga akan menggunakan strategi yang aktif setelah selesai membaca dengan membuat sinopsis tentang bahan bacaan berasaskan plot atau idea utama, dan juga tujuan serta perspektif penulis bahan tersebut. Seterusnya mereka akan memberikan respon dengan menyatakan pendapat atau pandangan sendiri terhadap bahan yang dibaca. Mereka juga menggunakan strategi melawat kembali tujuan asal membaca petikan tersebut bagi memastikan sama ada persoalan sebelum membaca sudah terjawab ataupun tidak, dan yang terakhir menggunakan bahan bacaan dalam aplikasi.





0 comments:
Post a Comment